Kerajaan Malaysia nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan saham Azam Baki
Kerajaan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas untuk menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. (Gambar: Bernama)
This audio is generated by an AI tool.
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu, prosiding berkaitan perkara berkenaan telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata beliau dalam kenyataan pada Selasa (31 Mac).
Dalam hal ini, Encik Shamsul Azri berkata Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg berhubung dakwaan tersebut.
Pada Selasa (31 Mac), agensi berita asing itu menyiarkan laporan yang mendakwa terdapat campur tangan dalam garis masa pendedahan siasatan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.