Kerajaan Malaysia muktamadkan aspek utama Projek HSR KL-SG
Kerajaan Malaysia sedang memuktamadkan aspek utama bagi cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) dengan diterajui sektor swasta.
Hal tersebut berikutan keputusan Malaysian Resources Corporation Bhd menarik diri daripada konsortium yang diketuai Berjaya Rail Sdn Bhd. (Gambar: Bernama)
Aspek tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan persetujuan, menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia.
“Perincian berkaitan butiran konsortium yang telah disenarai pendek, kaedah pembiayaan dan kajian model projek akan diteliti pada fasa seterusnya, iaitu melalui proses ‘Request For Proposal’ (RFP),” tambah kementerian itu menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan di laman Parlimen pada Selasa (18 Feb).
Jawapan itu bagi menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) bertarikh 17 Februari lalu mengenai status terkini projek kereta api HSR KL-SG.
Hal tersebut berikutan keputusan Malaysian Resources Corporation Bhd menarik diri daripada konsortium yang diketuai Berjaya Rail Sdn Bhd.
Encik Islahuddin juga turut bertanya mengenai butiran konsortium yang telah disenarai pendek, kaedah pembiayaan dan juga kajian model baharu projek tersebut.
MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah menjalankan penilaian terhadap tujuh cadangan konsep yang diterima daripada firma/konsortium tempatan dan antarabangsa menerusi proses Permintaan Maklumat (RFI), jelas Kementerian Pengangkutan negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.