Skip to main content

Dunia

Kerajaan Malaysia digesa teruskan siasatan susulan laporan RCI Tabung Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Malaysia digesa teruskan siasatan susulan laporan RCI Tabung Haji

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 07 Aug 2026 11:35PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia perlu meneruskan siasatan menyusuli penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) secara telus dan bebas daripada sebarang bentuk campur tangan.

Pengerusi Daie MADANI Amir Zuhair Abdull Khalid berkata laporan RCI bagi tempoh 2014 hingga 2020 itu, mengandungi dapatan yang perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mengikut proses perundangan.

ā€œKita sebagai rakyat, kita akan berikan sokongan. Kita akan sokong Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Jangan ganggu siasatan. Jangan ganggu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

ā€œBiar siasatan ini berlangsung dan terus berjalan. Siapa salah bawa ke mahkamah,ā€ katanya ketika berucap di Himpunan Aman Solidariti RCI Tabung Haji di hadapan Menara TH pada Juimaat (7 Ogos).

Encik Amir Zuhair berkata isu tersebut bukan sekadar polemik politik, sebaliknya melibatkan integriti dan amanah dalam menguruskan dana milik jutaan pendeposit Islam di negara ini.

Beliau berkata laporan RCI itu, turut mendedahkan dakwaan wujudnya campur tangan politik dalam aspek tadbir urus serta proses pelantikan ahli lembaga pengarah, sepanjang tempoh siasatan tersebut.

Encik Amir Zuhair berkata persoalan sama ada mana-mana individu bersalah atau tidak, hendaklah diputuskan oleh mahkamah selepas melalui proses siasatan dan pendakwaan yang sewajarnya.

ā€œIsu RCI ini memang dia orang akan cakap mereka tidak bersalah. Mereka ini bersalah ataupun tidak, perlu ditentukan di mahkamah. Ini perlu dibawa di mahkamah. Mereka ini perlu dituduh di mahkamah,ā€ katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya tidak memberikan tekanan atau mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sebelum itu, Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam, mengemukakan 10 tuntutan berkaitan laporan RCI TH, antaranya menggesa tindakan undang-undang segera, tegas dan telus, selain menuntut pemulangan kerugian, aset dan manfaat yang disalahgunakan, pelaksanaan syor RCI secara terbuka dan berjadual, serta meneruskan reformasi tatakelola Kerajaan MADANI.

HIKAM dianggotai Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita