Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Malaysia agih RM1,000 kepada isi rumah terjejas banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Malaysia agih RM1,000 kepada isi rumah terjejas banjir

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Nov 2024 04:17PM Dikemas Kini : 30 Nov 2024 04:28PM
KUALA BERANG: Kerajaan Persekutuan mengagihkan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 (S$301) untuk ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara bermula Jumaat (29 Nov), kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, bantuan diagihkan kepada setiap KIR yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengikut syarat ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu, akan diagihkan secara berfasa.

“Saya harap pengagihan bantuan terutama bantuan tunai ini akan dapat diatur gerak dengan sepenuhnya dan kita tidak mahu ada dalam kalangan KIR yang berpindah ke PPS dan mengikut syarat ditentukan NADMA yang tidak mendapat bantuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, di Kuala Berang pada Sabtu (30 Nov).

Dalam pada itu, Encik Ahmad Zahid berkata Kerajaan Persekutuan juga sudah meminta kerajaan negeri yang mengalami banjir, untuk turut mengusahakan bantuan dan dana kecemasan kepada KIR atau mangsa yang mengalami kerugian besar, seperti kerosakan rumah dan peralatan rumah.

“Tentunya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang sangat baik sekarang ini harus dipertingkatkan dan kita mesti mencari jalan meringankan beban mangsa yang dipindahkan (ke PPS) dan rumah-rumah yang mengalami kerosakan dan peralatan rumah yang rosak,” katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan