Kerajaan Madani komited tangani masalah kemiskinan di Sabah, tegas PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
KOTA KINABALU: Kerajaan MADANI komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah, walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Encik Anwar percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan diketuai beliau dengan kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Hajiji Noor mampu memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Beliau berkata usaha juga perlu dilakukan termasuk membawa masuk lebih banyak pelaburan selain pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah sekali gus memacu ekonomi di Sabah.
"Kita mahu pacu pertumbuhan, kita mahu pelaburan datang, hotel-hotel kita penuh dengan pelancong...kita punya tanggungjawab moral miskin tegar harus dinoktahkan di seluruh negara kita termasuk di Sabah sendiri,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta Encik Hajiji.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.