Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri M'sia tarik balik rayuan kalimah Allah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, lapor Astro Awani.
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, notis pemberhentian berkenaan sudah direkodkan Mahkamah Rayuan.
Menurut notis berkenaan, dua pihak tersebut, tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.
Susulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos.
Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh Malaysia menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.
Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat, menurut laporan Astro Awani.

Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.
Sementara itu, peguam, Annou Xavier yang mewakili Cik Jill berkata, keputusan yang dibuat mahkamah tinggi adalah kekal, selepas notis pemberhentian berkenaan dikeluarkan.
Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' dirampas daripada Cik Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.
Susulan itu, Cik Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Cik Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.