Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Keluarga Malaysia kekal utamakan integriti, patuhi pengasingan kuasa, tegas Annuar Musa

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kekal istiqamah mengutamakan soal integriti dan mematuhi setiap prinsip pengasingan kuasa serta menjaga aspirasi dan harapan rakyat dalam setiap dasar kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menegaskan setiap keputusan serta dasar kerajaan mesti mengikut jalur peraturan dan keluhuran undang-undang.

Beliau berkata segala syor atau cadangan yang bersifat menjaga kepentingan kumpulan atau puak hanya sekadar pandangan peribadi atau polemik politik.

"Siapa sahaja boleh beri pandangan, tapi kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Encik Ismail Sabri akan kekal istiqamah berintegriti dan dengar suara hati rakyat.

"Tiada siapa boleh paksa Perdana Menteri buat sesuatu yang tidak kena dengan keluhuran undang-undang dan pengasingan kuasa," katanya semasa sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Encik Annuar menjawab pertanyaan wartawan berhubung pandangan dan kritikan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said terhadap badan kehakiman negara.

Pada 27 Ogos, Cik Azalina dilapor menyampaikan ucapan penuh semangat berkaitan pelantikan Peguam Negara sewaktu program Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan