Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Johor terus hulur bantuan kepada keluarga guru hilang di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:
BATU PAHAT: Kerajaan negeri Johor akan terus berusaha untuk menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada keluarga guru, Musthafa Kamal Abdullah, 49 tahun, yang dilaporkan hilang di Tanah Suci Makkah, bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bantuan awal sudahpun disalurkan untuk keperluan perjalanan anggota keluarga guru berkenaan ke Makkah bagi urusan mencarinya.

"Sekiranya ada pertambahan pembiayaan yang perlu, boleh memaklumkan kepada kerajaan negeri termasuk kepada wakil rakyat kawasan dan kita sentiasa terbuka untuk membantu," katanya kepada para wartawan selepas lawatannya ke rumah Encik Musthafa di Sri Gading pada Selasa (17 Jan).

"Kerajaan negeri juga telah memaklumkan yang urusan pentadbiran (cuti) bagi Encik Musthafa dan anaknya telah dipermudahkan untuk tujuan melaksanakan pencarian berkenaan," tambahnya.

Pada Jumaat lalu (13 Jan), Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan sebagai berkata Ketua Perwakilan Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi kini sedang memantau perkembangan usaha mencari Encik Musthafa, yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember, ketika mengerjakan umrah dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan