Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Johor kaji bina laluan LRT di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor sedang mengkaji untuk membangunkan jajaran pengangkutan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor Bahru bagi menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya berkenaan, lapor Astro AWANI. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah itu juga mampu menjadi penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya yang semakin kritikal di pusat bandar raya itu.

Katanya lagi, inisiatif tersebut sekali gus melengkapkan jaringan pengangkutan di pusat bandar raya itu selain melancarkan pergerakan penumpang Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka mula beroperasi pada 2027 nanti.

“Kita mendapat banyak cadangan untuk menggunakan sistem LRT di dalam Johor Bahru. Sistem LRT ini memang sesuai digunakan di bandar dan ini masih lagi dalam kajian dan pertimbangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan,” katanya lagi, seperti dipetik Astro AWANI. 

Beliau berkata demikian semasa sidang media bagi Sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri pada Rabu (22 Jun). 

Jelas Encik Fazli, pihaknya turut akan meneliti kesesuaian membangunkan LRT di beberapa bandar yang lain melibatkan Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Kulai.

Dalam pada itu, Encik Fazli berkata, pembinaan infrastruktur RTS sudah mencapai 17 peratus sehingga 30 Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan