Kerajaan Johor bersiap siaga susuli ramalan hujan berterusan, angin kencang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis (4 Dis) mengeluarkan amaran hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora yang dijangka menjejaskan beberapa daerah di Johor serta perairan pesisir.
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis (4 Dis) mengeluarkan amaran hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora yang dijangka menjejaskan beberapa daerah di Johor serta perairan pesisir.
Hujan berterusan diramal melanda Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru antara 7 hingga 8 Disember.
Sementara itu, angin kencang kategori pertama dijangka berlaku di perairan timur Johor serta Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman dan kawasan sekitarnya, dengan ketinggian ombak mencecah 2.5 hingga 3.5 meter.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata MetMalaysia memaklumkan kerajaan negeri mengenai perkembangan pola cuaca membabitkan hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di Malaysia, termasuk perairan Johor.
Menurut beliau, kerajaan negeri sudah meningkatkan tahap kesiapsiagaannya melalui kerjasama rapat dengan agensi keselamatan, pemantauan berkala di kawasan rendah dan berhampiran sungai, selain penempatan aset di lokasi strategik, lapor BH Online.
Ini bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya paras air meningkat atau keadaan laut bertambah buruk.
"Saya menasihati seluruh Bangsa Johor supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan aktiviti rekreasi di pantai dan perairan, serta bergantung kepada makluman rasmi.
"Jika pihak berkuasa mengarahkan pemindahan, utamakan keselamatan keluarga dan bertindak segera," kata beliau.
Encik Onn Hafiz menambah, kerajaan negeri sentiasa berdoa Johor dijauhkan daripada sebarang musibah sepanjang melalui tempoh cuaca tidak menentu ini.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.