Kerajaan Johor arahkan sambutan Maulidur Rasul di masijd, surau ditangguhkan
Kerajaan negeri Johor pada Ahad (29 Nov) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul.

Masjid Sultan Iskandar di Johor Bahru. (Gambar: Agensi berita)
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor pada Ahad (29 Nov) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri berkenaan.
Beliau berkata arahan itu selaras dengan pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang meminta agar semua kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri itu.
"Penangguhan bermula 1 Dis 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Susulan arahan itu, Encik Tosrin berkata pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Semasa/Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid/Surau Negeri Johor Darul Ta’zim dikeluarkan pada 18 Oktober lalu juga ditangguhkan sehingga pengumuman baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.