Skip to main content

Dunia

Kerajaan Jepun luluskan rang undang-undang hukuman penjara bagi pembuli siber

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Jepun luluskan rang undang-undang hukuman penjara bagi pembuli siber

(Gambar: Kaitlyn Baker/Unsplash)

Diterbitkan : 14 Jun 2022 07:34AM

MOSCOW: Kerajaan Jepun pada Isnin (13 Jun) meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi menjadikan pembulian siber sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara, dengan semakan tambahan dijalankan dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya bertujuan menilai kesesuaiannya dengan hak kebebasan bersuara, lapor media.

Rang undang-undang itu meminda kanun keseksaan negara untuk memperkenalkan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga 300,000 yen (S$3,113), berbanding hukuman sekarang iaitu penjara kurang daripada 30 hari dan denda 10,000 yen (S$103). Had statut untuk buli juga akan dilanjutkan dari satu tahun kepada tiga tahun, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Kyodo.

Pindaan itu akan berkuat kuasa 20 hari selepas ia diisytiharkan. Ia akan dikaji semula dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan ia tidak melanggar hak kebebasan bersuara, seperti yang dikhuatiri pembangkang.

Penggubalan undang-undang itu didorong selepas ahli gusti profesional Hana Kimura, 22 tahun yang juga antara pelakon rancangan realiti Netflix Terrace House, didakwa membunuh diri pada Mei 2020 selepas mengalami buli siber di media sosial.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita