Skip to main content

Dunia

Kerajaan campuran Bersatu, PH penyelesaian terbaik kemelut politik di Kedah

 Persepakatan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) di Kedah, adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan campuran Bersatu, PH penyelesaian terbaik kemelut politik di Kedah

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 03:42PM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 03:45PM

ALOR SETAR: Persepakatan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) di Kedah, adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Encik Johari Abdul menyifatkan, gandingan itu juga merupakan langkah tepat yang diputuskan demi kepentingan serta memenuhi mandat rakyat, pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kami mengadakan perbincangan yang panjang untuk melihat negeri, rakyat dan pentadbiran negeri... keutamaan kami tentulah rakyat dahulu untuk memastikan kehidupan rakyat tidak terjejas,” katanya di sidang media hari ini (27 Feb).

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah Encik Phahrolrazi Mohd Zawawi pula berkata dengan keputusan yang dibuat hari ini, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.

“Saya bagi pihak parti Amanah, sebagai pengerusi yang mempunyai empat ADUN, menyokong kepimpinan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar untuk terus memimpin kerajaan Kedah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew berkata, pihaknya juga menyokong penuh Encik Mukhriz kekal sebagai menteri besar seperti yang sudah dipilih rakyat.

Terdahulu Encik Mukhriz dalam sidang media yang sama mengumumkan tiada sebarang pertukaran berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah dan beliau kekal sebagai menteri besar.

"Kerajaan yang ada sama, cuma satu perbezaannya dulu kerajaan PH, tapi sekarang kerajaan PH campur Bersatu,” katanya.

Keputusan itu dicapai setelah Encik Mukhriz mendapat sokongan daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dan PH selain mendapat perkenan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (6), PKR (7), Amanah (4), UMNO (2) dan DAP (2).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita