Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan baru Britain umum rancangan kewangan £55 bilion; pulihkan keyakinan ekonomi negara

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan baru Britain umum rancangan kewangan £55 bilion; pulihkan keyakinan ekonomi negara

Menteri Kewangan Britain yang baru, Jeremy Hunt. (Gambar: ISABEL INFANTES / AFP)

LONDON: Kerajaan baru Britain mengumumkan rancangan kewangan £55 bilion (S$89 bilion), dalam usaha untuk memulihkan keyakinan kepada ekonomi negara itu, yang bergolak akibat belanjawan kecil kerajaan yang sebelumnya.

Dalam ucapannya di parlimen pada Khamis (17 Nov) Menteri Kewangan Britain, Jeremy Hunt mengumumkan pemotongan perbelanjaan sebanyak £30 bilion (S$48 bilion) dan kenaikan cukai berjumlah hampir £25 bilion (S$40 bilion).

Ini termasuk meluaskan cukai keuntungan besar dalam sektor tenaga.

Encik Hunt berkata rancangan kewangan darurat yang dibentangkannya itu bertujuan menangani krisis kos sara hidup dan membangunkan semula ekonomi Britain.

Menurut beliau, keutamaan kerajaan adalah untuk mewujudkan kemantapan dan pertumbuhan ekonomi serta khidmat awam.

Encik Hunt juga berkata kerajaan akan melindungi golongan lemah.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan