Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan ada hak putuskan ekstradisi Zakir Naik ke India: Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata pentadbiran kerajaan beliau mempunyai hak untuk memutuskan sama ada untuk menghantar pulang pendakwah bebas, Zakir Naik, ke India. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan ada hak putuskan ekstradisi Zakir Naik ke India: Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 12:11PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 12:12PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata pentadbiran kerajaan beliau mempunyai hak untuk memutuskan sama ada untuk menghantar pulang pendakwah bebas, Zakir Naik, ke India.

Dr Mahathir berkata demikian menyusuli beberapa laporan mengenai waran tangkap yang bakal dikeluarkan oleh Interpol terhadap Encik Zakir.

Beliau melarikan diri dari India ke Malaysia pada tahun 2016 menyusuli dakwaan-dakwaan bahawa beliau mempengaruhi para remaja untuk melakukan serangan pengganasan di Bangladesh.

Encik Zakir kini mempunyai ramai pengikut dan dianggap sebagai cendekiawan Islam di Malaysia.

Para pakar berkata, Malaysia tidak mungkin menghantarnya pulang ke India.

Menurut para pegawai, ceramah dan dialog yang dianjurkan oleh Encik Zakir didapati tidak menggalak pengganasan. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan