Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerahan tentera Rusia ke Ukraine akan dianggap satu serangan: Biden

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan mengganggap sebarang gerakan ketenteraan Rusia ke dalam Ukraine sebagai 'satu serangan', menurut Presiden AS Joe Biden. 

"Saya sudah menjelaskan dengan cukup terang kepada Presiden (Vladimir) Putin: jika sebarang unit Rusia dikerahkan memasuki sempadan Ukraine, ia adalah satu pencerobohan," kata Presiden Biden kepada wartawan di Rumah Putih pada Khamis (20 Jan), lapor Sputnik. 

Beliau menarik perhatian bahawa tindakan sedemikian akan berdepan dengan "tindak balas ekonomi yang serius dan bersepadu". 

Encik Biden juga berkata beliau sudah merundingkan langkah-langkah yang mungkin ambil dengan sekutu AS sekiranya serangan berlaku dan perkara itu juga sudah disampaikan kepada Presiden Putin. 

"Tiada syak lagi jika Putin membuat keputusan (serang Ukraine), Rusia akan menerima akibat yang buruk," katanya. 

Rusia sudah berkali-kali menolak dakwaan AS bahawa ia sedang bersiap sedia untuk menyerang Ukraine dan sebaliknya menuding jari kepada ancaman sebenar akibat kegiatan tentera sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di rantau itu. Kremlin menyatakan Rusia tidak berniat untuk menyerang sebarang negara dan memandang dakwaan terhadap negara itu sebagai satu helah bagi NATO untuk mengerahkan peralatan dan infrastruktur tambahan dekat dengan sempadan Rusia.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan