Kerahan tentera Amerika di Timur Tengah bertujuan redakan ketegangan
Anggaran Waktu Membaca:

Kapal tentera Amerika di Laut Merah. (Gambar fail: Tentera Amerika menerusi AP)
WASHINGTON: Keputusan Amerika Syarikat untuk mengerahkan sumber ketenteraannya ke Timur Tengah adalah satu langkah pertahanan, dengan tujuan untuk mengurangkan ketegangan di rantau tersebut, kata seorang pegawai Rumah Putih pada Ahad (4 Ogos).
Ketegangan di rantau itu memuncak berikutan pembunuhan Ketua Hamas Ismail Haniyeh pada Rabu (31 Jul), di Tehran, bebepara hari selepas serangan Israel membunuh Fuad Shukr, komander kanan tentera Hezbollah.
Kedua-dua kumpulan disokong oleh Iran.
Terdapat kebimbangan bahawa perang Israel dengan militan Palestin di Gaza, yang bermula pada Oktober lalu, akan mencetuskan konflik lebih besar di Timur Tengah. Iran, Hamas dan Hezbollah menyalahkan Israel atas kematian Encik Haniyeh di Tehran, dan ketiga-tiga pihak berjanji akan membalas dendam.
Israel masih belum mengaku atau menafikan pelibatannya.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan berjumpa dengan pasukan keselamatan negaranya pada Isnin (5 Ogos), untuk membincangkan perkembangan di Timur Tengah, dedah Rumah Putih. Ia menambah bahawa Encik Biden akan bercakap dengan Raja Abdullah dari Jordan.
Laman berita Amerika Axios melaporkan bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken memberitahu sekutunya dari negara-negara G7 bahawa Iran dan Hezbollah mungkin akan mula menyerang seawal Isnin, menurut tiga sumber yang dimaklumkan tentang panggilan telefon itu.
Namun, menurut Axios, Encik Blinken berkata bahawa ia tidak jelas bagaimana Iran dan Hezbollah akan menyerang, dan waktu bagi serangan itu tidak diketahui.
Pada Jumaat (2 Ogos) lalu, Pentagon menyatakan ia akan mengerahkan jet pejuang dan kapal perang tambahan ke rantau tersebut.
"Sasaran keseluruhannya adalah untuk mengurangkan ketegangan di rantau ini, cegah dan pertahankan diri dari serangan tersebut, dan elak konflik serantau," kata Jonathan Finer, timbalan penasihat keselamatan negara White House, kepada pada program "Face the Nation" CBS.
Amerika dan Israel sedang mempersiapkan diri untuk berdepan sebarang kemungkinan, tambah Encik Finer.
Dalam panggilan bersama rakan sejawatannya di Israel, Pentagon menyatakan bahawa Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin mengulangi sokongan Amerika Syarikat terhadap keselamatan Israel dan "hak untuk mempertahankan diri terhadap ancaman dari Iran, Hizbullah Lubnan (Hezbollah), Houthi, dan kumpulan pengganas lain-lain yang disokong Iran.
Encik Blinken bercakap dengan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani pada Ahad, dan menekankan "pentingnya mengambil langkah untuk meredakan ketegangan serantau, mengelakkan ketegangan lebih lanjut, dan memajukan kestabilan oleh semua pihak," menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.