Kerahan separa tenaga Rusia cetus kecaman online dari Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
KYIV: Kementerian Pertahanan Ukraine pada Ahad (25 Sep) mencemuh pengerahan separa tentera Mosko untuk memperkukuh pasukan tenteranya di Ukraine.
Kementerian itu memuatnaik video di Twitter yang menunjukkan polis Rusia membelasah dan menangkap lelaki yang enggan menyahut seruan itu, lapor Reuters.
Cemuhan tersebut tercetus apabila dua anggota parlimen tertinggi Rusia meluahkan keprihatinan mengenai usaha itu.
Ia menyebabkan pegawai serantau untuk mencari huraian "keterlaluan" yang menimbulkan kemarahan orang ramai, mencetuskan bantahan dan mendorong lelaki yang layak menjadi tentera Rusia untuk melarikan diri.

"Rusia masih mempunyai segelintir tentera profesional" yang tentera Ukraine "belum musnahkan lagi", menurut Kementerian Pertahanan Ukraine di Twitter.
Pengerahan separa tentera Rusia itu mendorong kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar menghina satu sama lain, seperti dinukil Reuters.
Di Mosko, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, memberitahu wartawan pada Jumaat (23 Sep) bahawa kenyataan palsu di media sosial juga boleh dipersalahkan terhadap reaksi pengumuman itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.