Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kerah askar tambahan; Iran ikrar 'balas dendam' atas kematian Soleimani

Lagi beribu-ribu askar Amerika Syarikat dikerahkan ke Timur Tengah pada Jumaat (3 Jan) setelah Amerika Syarikat membunuh komander tentera Iran Qasem Soleimani, yang sekali gus menyebabkan Tehran berikrar akan "membalas dendam".

Anggaran Waktu Membaca:
AS kerah askar tambahan; Iran ikrar 'balas dendam' atas kematian Soleimani

Qassem Soleimani. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 09:44AM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 09:48AM

WASHINGTON: Lagi beribu-ribu askar Amerika Syarikat dikerahkan ke Timur Tengah pada Jumaat (3 Jan) setelah Amerika Syarikat membunuh komander tentera Iran Qasem Soleimani, yang sekali gus menyebabkan Tehran berikrar akan "membalas dendam".

Presiden Donald Trump berkata bahawa Jeneral Qasem Soleimani "dibunuh" kerana dia sedang merancang untuk menyerang diplomat Amerika Syarikat tetapi Presiden Trump bertegas bahawa Washington tidak berniat untuk menggulingkan pemerintah Iran.

"Soleimani sedang mengatur serangan terhadap diplomat Amerika Syarikat dan anggota tentera, tetapi kami mendapat tahu tentang rancangannya itu," menurut Encik Trump di Florida.

Semasa merujuk kepada tokoh Iran yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad pada awal Jumaat itu sebagai sesuatu yang "kejam", Encik Trump cuba mengendurkan ketegangan dengan menekankan bahawa beliau tidak mahu berperang dengan Iran.

"Kami tidak bertindak untuk memulakan peperangan," katanya, sambil menambah: "Kami juga tidak mencuba untuk mengubah rejim."

Pemimpin agama Iran, Ayatollah Ali Khamenei juga berikrar akan membalas dendam dan beribu-ribu penunjuk perasaan di Tehran turut membakar bendera Amerika Syarikat bagi membantah serangan udara itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan