Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan UMNO namakan Ismail Sabri sebagai calon PM kembalikan keyakinan rakyat: Annuar Musa

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menamakan Naib Presidennya Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membolehkan beliau memulihkan keyakinan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Annuar Musa juga berpandangan sudah tiba masanya Ismail Sabri turut diberi amanah sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengarah Utama Jentera Pilihan Raya BN.

Sebagai calon Perdana Menteri juga, beliau berkata Ismail Sabri perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa order baru politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti serta mampu memulihkan negara.

Encik Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata keputusan itu juga membolehkan Encik Ismail Sabri menumpukan perhatian dan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mengembalikan semula kekuatan UMNO.

“Tahniah kepada Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saf kepimpinan MT UMNO yang sudah membuat keputusan tuntas menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri mewakili UMNO bagi PRU15 yang akan datang.

“Jelas sekali lagi syura dan muafakat MT UMNO menampilkan kematangan dan kebijaksanaannya, terutama dalam membuat keputusan kritikal dan strategik bagi memastikan kelangsungan perjuangan UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Encik Annuar menzahirkan kepercayaan bahawa keputusan itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh ahli dan penyokong perjuangan UMNO, parti-parti komponen BN serta rakan sekutu BN.

Semalam, MT UMNO sebulat suara mencadangkan Encik Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri pada PRU15, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Encik Ahmad Zahid.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan