Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan S'pura larang Ustaz Abdul Somad 'pengajaran penting' tangani pandangan pelampau

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan S'pura larang Ustaz Abdul Somad 'pengajaran penting' tangani pandangan pelampau

Ustadz Abdul Somad. (Gambar: Ustadz Abdul Somad/Facebook)

Diterbitkan : 23 May 2022 08:28PM Dikemas Kini : 23 May 2022 08:34PM

JAKARTA: Agensi anti-pengganasan pemerintah Indonesia, Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT) menyatakan keputusan Singapura adalah pengajaran penting bagi negara itu dalam menangani pandangan pelampau.

Ini selain kenyataan Kementerian Luar Indonesia yang menekankan pihaknya menghormati keputusan Singapura.

BNPT juga menyatakan Singapura mempunyai peraturan yang melarang syarahan, pandangan dan sikap tidak bertoleransi.

Ini merupakan perkara yang boleh mengakibatkan radikalisme.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah berkata: "Berdasarkan bidang kuasa dan ketentuan hukum yang berlaku, negara itu boleh saja tidak menerima seseorang masuk ke wilayah kedaulatannya berdasarkan pelbagai pertimbangan yang ditetapkan dan kita tidak selalu tahu apakah pendekatan yang ditetapkan tersebut.

"Indonesia juga sebagai negara yang berdaulat memiliki dasar imigresen yang mana kita boleh menolak siapa pun itu untuk tidak masuk ke wilayah nasional Indonesia."

BNPT turut menyatakan Indonesia perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan melarang ideologi yang boleh membawa kepada tindakan keganasan.

Sumber : Agensi berita/RU/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa