Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan Rusia tutup bekalan gas boleh cetus kemelesetan di Eropah

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan Rusia tutup bekalan gas boleh cetus kemelesetan di Eropah

(Gambar: Mikhail Klimentyev/SPUTNIK/AFP)

AMMAN: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa (19 Jul) memberi amaran penutupan sepenuhnya bekalan gas Rusia akan mengurangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang paling rentan.

Ia juga boleh menjerumuskan negara terbabit ke dalam kancah kemelesetan.

Di tengah-tengah spekulasi kononnya Presiden Rusia Vladimir Putin akan memastikan saluran paip Nord Stream 1 ditutup apabila penyelenggaraan rutin tahunan berakhir pada lewat minggu ini.

Menurut IMF, Eropah tidak mempunyai rancangan yang komprehensif untuk mengatasi kekurangan, peningkatan harga tenaga dan kesan ke atas pertumbuhan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

IMF mengenal pasti Hungary, Slovakia dan Republik Czech antara negara EU yang mungkin paling terjejas.

Itali, Jerman dan Austria juga akan terkesan.

EU mengimport sehingga 40 peratus keperluan gasnya dari Rusia sebelum perang tercetus antara Rusia dan Ukraine.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan