Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan PRU15 Padang Serai bukti rakyat M'sia tolak kerajaan PH-BN, kata Muhyiddin Yassin

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menganggap kemenangan calonnya di Parlimen Padang Serai serta kekalahan tipis di DUN Tioman adalah bukti rakyat tidak meyakini kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Menurut Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, undi yang diberikan pemilih di kawasan parlimen tersebut menunjukkan petanda positif buat parti tersebut yang mendapat sokongan padu, lapor agensi berita Astro Awani.

"Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara."

"Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-kedua parti ini telah beralih arah menyokong PN," Astro Awani memetik kata-kata Encik Muhyiddin menerusi catatannya di Facebook.

Majoriti BN merosot hampir separuh di DUN Tioman dan majoriti PN di Parlimen Padang Serai pula dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam PRU14.

Calon PN di Padang Serai, Azman Nasrudin, menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi. Manakala, calon BN di DUN Tioman, Mohd Johari Hussain, menang dengan majoriti tipis 573 undi.

Kenyataan mantan perdana menteri itu dibuat sebagai reaksi PN yang menawan kerusi parlimen Padang Serai yang sebelum ini dimenangi PH.

Tambah Encik Muhyiddin, beliau menganggap "penipuan" yang dilakukan PH dan BN dalam PRU15 adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini, lapor agensi berita Astro Awani.

"Dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti tersebut," katanya.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan