Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan PRN Melaka bukan kayu ukur, ramai pengundi luar negeri tidak keluar undi

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 semalam (20 Nov) seolah-olah memberi isyarat, kembalinya kepercayaan pengundi kepada kepimpinan UMNO dan kerajaan BN selepas tergugat semasa Pilihan Raya Umum tahun 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan PRN Melaka bukan kayu ukur, ramai pengundi luar negeri tidak keluar undi

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 08:15PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 08:18PM

KUALA LUMPUR: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 semalam (20 Nov) seolah-olah memberi isyarat, kembalinya kepercayaan pengundi kepada kepimpinan UMNO dan kerajaan BN selepas tergugat semasa Pilihan Raya Umum tahun 2018.

Namun menurut pensyarah Universiti Malaya Profesor Awang Azman keputusan PRN Melaka tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana ramai pengundi Melaka di luar negeri itu tidak membuat pilihan mereka kali ini.

"Peratusan pengundi yang mengundi Barisan Nasional adalah 38 peratus manakala peratusan yang mengundi kepada Pakatan Harapan adalah 35 peratus.

"Kalau kita melihat kerusi-kerusi yang dimenangi tersebut ada sekitar 10 kerusi misalnya (perbezaan undi) di bawah 1,000. Maknanya berlakunya persaingan sengit. Ia boleh menjanjikan momentum buat Barisan Nasional tapi ini bukan jaminan mutlak untuk mereka betul-betul untuk kembali berkuasa dalam PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang," kata Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi dari Jabatan Sosio-Budaya, Universiti Malaya.

Sama ada PRU boleh segera diadakan bergantung pada politik dalaman UMNO itu sendiri terutamanya kedudukan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob yang belum kukuh di dalam parti.

Bagi Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pula banyak iktibar yang boleh diambil bagi persiapan menghadapi PRU nanti.

"Jika keadaan beginilah yang berlaku terhadap parti Bersatu dan PAS saya kira untuk mereka berjaya di PRU akan datang risikonya agak tinggi dan agak rapuh.

"Jadi, terutama PAS, saya kira mereka akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu. Pakatan Harapan perlu melihat kekalahan mereka sebagai satu referendum oleh penyokong mereka sendiri.

"Dari segi strategi dan formula, mereka perlu menilai kembali kesesuaian formula tersebut dan mereka perlu kerjasama yang lebih erat dengan pemimpin dan orang-orang lain dalam PKR," katanya lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan