Keputusan PM Anwar siasat pihak bertanggungjawab atas kerugian RM4.5 trilion langkah tepat
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada 26 Jan 2023. (Gambar fail: Facebook/Anwar Ibrahim)
SHAH ALAM: Keputusan kerajaan mengarahkan siasatan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian besar akibat rasuah dan ketirisan adalah langkah tepat. Ini berikutan setiap RM1 (S$0.30) yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat serta negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, berkata langkah-langkah pencegahan juga perlu diambil untuk memastikan ketelusan secara radikal dalam semua urusan kerajaan.
“Keputusan yang sangat baik oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) untuk mengarahkan siasatan kerugian yang besar dialami negara akibat rasuah dan ketirisan.
“Antara langkah pencegahan diambil untuk memastikan ketelusan dalam semua urusan kerajaan seperti hanya mengamalkan sistem tender terbuka. Tiada lagi rundingan terus atau tender terhad selain monopoli dalam perniagaan sepatutnya dihapuskan.
“Oleh itu, model input-output-outcome atau hasil-impak (IOOI) mesti dipraktikkan dalam semua peringkat perolehan daripada perancangan bajet sehingga pelaksanaan bajet,” katanya kepada agensi berita Sinar Harian pada Ahad (14 Mei).
Pada Sabtu (13 Mei), Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyatakan pihaknya mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian mencecah RM4.5 trilion (S$1.4 trilion) dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.
Sebelum ini, EMIR Research memaklumkan Malaysia dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM4.5 trilion (S$1.4 trilion) dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.
Mengulas lanjut, Encik Rais Hussin menekankan kepentingan penting penerapan yang padu IOOI dalam sektor awam di Malaysia sebagai salah satu cara yang paling terpantas untuk membina semula potensi nasionalnya dalam setiap aspek, lapor Sinar Harian.
“Kami ingin menekankan sekali lagi betapa pentingnya pelaksanaan pendekatan IOOI untuk kebaikan negara ini.
“Hanya pemimpin yang benar-benar berminat untuk membina semula Malaysia daripada runtuhan akan mengutamakan dan memperjuangkan pelaksanaan IOOI di pelbagai sektor perkhidmatan awam.
“Sebaliknya, mereka yang ingin mengekalkan budaya ketirisan itu akan mengabaikan, menangguhkan atau menentang secara langsung,” jelasnya, dipetik daripada Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.