Keputusan permohonan semakan kes SRC Najib ditetapkan pada 31 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 31 Mac untuk menyampaikan keputusannya dalam permohonan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta (S$12.6 juta) dana SRC International Sdn Bhd.
Tarikh keputusan itu disahkan oleh seorang daripada peguam Encik Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi Bernama.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli menangguhkan keputusan mahkamah pada 28 Februari lalu selepas mendengar penghujahan selama enam hari daripada peguam Encik Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram.
Empat lagi hakim menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.
Pada 23 Ogos 2022, Encik Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$63.3 juta) atas kesalahan menyeleweng dana SRC International.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian memfailkan permohonan semakan mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995
Ia bertujuan untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan, hukuman penjara dan denda.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan iaitu tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.
Hakim Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$63.3 juta) atau penjara lima tahun dan keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021.
Sepanjang prosiding selama enam hari itu, Encik Muhammad Shafee berhujah bahawa panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan Encik Najib melakukan kesilapan asas dalam undang-undang.
Mereka tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan tidak membenarkan bekas peguam Encik Najib, Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.
Bagaimanapun, Sithambaram berhujah bahawa tiada pelanggaran keadilan semula jadi atau ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah dalam kes itu.
Ia kerana pihak pembelaan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan terakhirnya tetapi Encik Hisyam memilih untuk tidak mengambil peluang yang diberikan atas alasan beliau tidak bersedia.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.