Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan pemilihan UMNO dijangka akan diketahui malam ini, kata Ahmad Maslan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Keputusan pemilihan UMNO bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dijangka akan diketahui pada Sabtu malam (18 Mac), kata Setiausaha Agung Ahmad Maslan.

“Kita jangka mendapat keputusan pada sebelah malam. (Paling lewat) harapnya dapat gambaran menjelang tengah malam.

“Jangkaannya begitu, kecuali bahagian itu kecil (dengan) perwakilannya tidak ramai, mungkin boleh mendapat keputusan pada sebelah petang. Kalau macam di Pontian ini, perwakilan ramai iaitu seramai 690 orang, jadi ia ambil masa untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas proses pemilihan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian pada Sabtu.

Encik Ahmad yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata pemilihan pada Sabtu, melibatkan sebanyak 189 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh Malaysia.

“Hanya dua UMNO bahagian yang tidak menjalankan pemilihan berikutan digantung akibat masalah tertentu iaitu Tanah Merah, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Pemilihan UMNO bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Pemilihan UMNO berakhir pada Sabtu dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli MT.
Sumber : Bernama/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan