Skip to main content

Dunia

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai langkah kecemasan di Gaza diumumkan pada 26 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai langkah kecemasan di Gaza diumumkan pada 26 Jan

Bendera Afrika Selatan dan Palestin di luar bangunan perbandaran di Bethlehem di Tebing Barat pada 12 Jan 2024. (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2024 08:36AM
AMSTERDAM: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan Jumaat ini (26 Jan), sama ada ia akan meluluskan langkah kecemasan untuk menghentikan peperangan di Gaza.

Ini menyusuli tindakan Afrika Selatan memulakan prosiding pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel di ICJ.

Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengeluarkan kenyataan tersebut pada Rabu (24 Jan).

Menurut ICJ, barisan panel 17 hakim akan menetapkan keputusannya pada 26 Januari ini pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan.

Awal bulan ini, dalam dua hari perbicaraan, Afrika Selatan meminta ICJ memerintahkan penggantungan kecemasan kempen ketenteraan Israel di wilayah-wilayah Palestin.

Israel menolak dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan sebaliknya menegaskan, ia berhak mempertahankan diri dan menyasarkan Hamas, bukan orang awam Palestin.

Dalam keputusan pada Jumaat ini juga, ICJ tidak akan menangani persoalan utama jika Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Mahkamah hanya akan melihat kemungkinan langkah kecemasan, yang dimaksudkan sebagai sejenis perintah sekatan untuk mengelakkan pertikaian daripada menjadi lebih teruk.

Mahkamah juga melihat kes penuh biasanya mengambil masa bertahun-tahun.

Jika ICJ memutuskan untuk mengeluarkan langkah kecemasan, ia tidak terikat untuk memerintahkan apa yang diminta oleh Afrika Selatan.

Keputusan mahkamah adalah mengikat secara sah dan tanpa rayuan, tetapi mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakannya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita