Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan kes SRC International diketahui hari ini

Mahkamah Rayuan hari ini (8 Dis) akan memutuskan sama ada akan membebaskan bekas Perdana Menteri Najib Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan kes SRC International diketahui hari ini

Najib Tun Razak. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 07:46AM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 07:47AM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini (8 Dis) akan memutuskan sama ada akan membebaskan bekas Perdana Menteri Najib Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Ini berkaitan sabitan bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta (S$13.5 juta) milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera akan membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pagi.

Sepanjang tujuh bulan perbicaraan, pasukan pembelaan mengemukakan lebih 300 alasan mengapa Najib tidak patut didapati bersalah atas kesemua tujuh tuduhan.

Antara alasan dikemukakan Najib untuk dipertimbangkan adalah Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang membuat keputusan mensabitkannya pada 28 Julai tahun lalu, gagal menimbangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menipu dan memanipulasi akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu.

Mohd Nazlan turut didakwa terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati Najib mempunyai kepentingan dalam SRC International dan membuat dapatan dana RM42 juta (S$13.5 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu milik SRC International serta gagal mengambil kira sumbernya adalah ihsan Perdana Sdn Bhd yang tidak diperincikan dalam kertas tuduhan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$67.8 juta) ke atas Najib.

Ini selepas beliau didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta (S$13.5 juta) dana SRC International.

Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap Najib, peluang terakhirnya adalah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan