Keputusan kes 1MDB Najib akan diumum pada 26 Dis
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Nasib mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak akan diketahui pada Jumaat (26 Dis) berhubung dakwaan atas pelibatannya dalam kes rasuah 1MDB.
Jika didapati bersalah, ia akan menambah beberapa tahun lagi ke atas hukuman penjara yang sedang dijalaninya.
Najib, 72 tahun, berdepan empat tuduhan menyalahgunakan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan beratus-ratus juta dolar daripada dana 1MDB, yang mendorong kepada siasatan di beberapa negara.
Jika didapati bersalah, individu yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai tokoh elit politik akan berdepan hukuman penjara tambahan, setelah menjalani hukuman penjara enam tahun menyusuli sabitannya dalam kes berasingan berkaitan dana 1MDB.
Tidak dapat dipastikan sama ada hukuman akan dijatuhkan serta-merta sekiranya didapati bersalah, namun jika dibebaskan, Najib akan kembali ke Penjara Kajang di luar Kuala Lumpur untuk meneruskan hukuman penjara yang sedang dijalaninya sekarang.
Prosiding keputusan, yang dijangka bermula pada pukul 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akan berlangsung di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia.
Hakim Collin Lawrence Sequerah, akan menyampaikan keputusannya bagi kes perbicaraan itu, yang dilihat sebagai kes utama dalam skandal 1MDB dan melibatkan kira-kira RM2.28 bilion (S$729 juta).
Pihak pendakwa berkata Najib menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB untuk memindahkan sejumlah besar wang daripada dana tersebut ke akaun peribadinya lebih sedekad lalu.
Pihak pendakwa mengemukakan rekod bank, keterangan daripada lebih 50 saksi serta bukti dokumen, sambil menolak hujah pihak pembela yang sebaliknya menyalahkan rakan rapat Najib, ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.
Low, yang masih berleluasa, dianggap sebagai dalang di sebalik skim penyelewengan dana pelaburan negara itu dan membelanjakan hasilnya untuk melakukan pelbagai pembelian mewah, termasuk hartanah bernilai tinggi dan karya seni seperti lukisan Monet dan Van Gogh.
Setiap tuduhan menyalahgunakan kuasa membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda sehingga lima kali ganda nilai rasuah yang diterimanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.