Keputusan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri BN adalah muktamad, kata Khairy Jamaluddin
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Ketetapan bahawa Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia adalah muktamad dan pasti.
Tegas calon Barisan Nasional (BN) P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, perkara tersebut masih menjadi pertikaian kerana dimainkan pihak lawan untuk mengelirukan rakyat Malaysia supaya tidak memilih BN yang didakwa akan sebaliknya mengangkat Ahmad Zahid Hamidi, seperti dinukil daripada Astro AWANI.
Perkara itu katanya menjadi naratif Pakatan Harapan (PH) dalam kempen mereka ketika ini untuk mematahkan sokongan terhadap BN.
“Mereka dah tak cakap lagi pasal perancangan dan manifesto, dia datang kepada satu naratif sahaja iaitu undi BN adalah undi Encik Zahid Hamidi sebagai PM.
“Saya rasa beliau (Zahid) pun faham oleh kerana beliau masih lagi berdepan dengan kes di mahkamah dan sebagainya, beliau tidak dicalonkan dan tak dipertimbangkan sebagai calon PM,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis (17 Nov).
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa Encik Ismail Sabri sememangnya layak untuk diangkat menjadi PM Malaysia ke-10 berdasarkan prestasi cemerlangnya walaupun hanya setahun lebih memimpin negara selepas mengambil alih daripada Muhyiddin Yassin.
Kata Encik Khairy, Encik Ismail Sabri membawa beberapa perubahan penting seperti Akta Antilompat Parti, pindaan Perlembagaan untuk wilayah Sabah dan Sarawak, mengemudi negara keluar dari pandemik dan mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan pada 14.3 peratus pada suku ketiga tahun ini.
Maka ujarnya, Encik Ismail Sabri tidak wajar diperlekehkan keupayaannya untuk menjadi PM Malaysia yang seterusnya.
“Encik Ismail Sabri bukan PM “Shopee” yang barang dipesan dengan yang diterima lain.
“Barang pesan Encik Ismail Sabri sebagai PM, barang sampai Encik Ismail Sabri sebagai PM. “Full stop, end,” katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.