Skip to main content

Dunia

Keputusan batal HSR wajar, kata Muhyiddin

Keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah wajar.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan batal HSR wajar, kata Muhyiddin

Encik Muhyiddin Yassin. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jun 2018 09:17AM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 09:20AM

ALOR SETAR: Keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah wajar.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata projek berkenaan tidak membawa kelebihan kepada Malaysia, sebaliknya menyebabkan hutang negara meningkat, lapor Astro Awani.

"Perdana Menteri telah mengumumkan tentang pembatalan HSR yang menelan belanja RM124 bilion (S$42 bilion). Namun, penjimatan tempoh perjalanan hanya satu jam.

"Oleh itu, keputusan dibuat untuk membatalkan projek ini serta projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana keutamaan perlu diberi kepada pengurusan hutang negara sendiri," kata beliau di majlis berbuka puasa di Alor Setar semalam (7 Jun).

Astro Awani melaporkan bahawa Menteri Besar Mukhriz Mahathir serta lebih 1,000 orang daripada golongan asnaf yang menerima sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Negeri turut hadir di majlis itu.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita