Skip to main content

Dunia

Keputusan awal PRN 2023: Muhyiddin menang lebih banyak kerusi di kubu kuat Anwar di Selangor & Pulau Pinang

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan awal PRN 2023: Muhyiddin menang lebih banyak kerusi di kubu kuat Anwar di Selangor & Pulau Pinang

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin hadir bagi menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri di Hotel Concorde Shah Alam pada 12 Ogos 2023. (Gambar: Zulfadhli Zulkifli/BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Aug 2023 12:56AM Dikemas Kini : 13 Aug 2023 01:18AM
KUALA LUMPUR: Parti pembangkang Malaysia nampaknya bangkit dan berjaya melemahkan kekuatan parti yang mentadbir Selangor dan Pulau Pinang, selain mempertahankan kubunya dengan pengaruh lebih besar, menurut keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan lewat Sabtu (12 Ogos).

Perikatan Nasional (PN) malah boleh dikatakan menang besar. Di Pulau Pinang, ia berjaya merebut sekurang-kurangnya 11 kerusi berbanding hanya satu sebelum ini.

Di Selangor pula, meskipun kiraan undi masih dijalankan, jumlah kerusi yang berjaya dikuasai naik lebih seganda, iaitu dari lima kepada 16 kerusi, menurut data Free Malaysia Today setakat 11.30 malam.

PN juga menang satu kerusi di Negeri Sembilan walaupun ia sebelum ini tidak mempunyai sebarang kerusi di sana. Negeri itu dikuasai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam sempadannya sendiri, PN yang diterajui mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga secara rasmi menguasai Terengganu selepas ia memperoleh majoriti 17 daripada 32 kerusi, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Sabtu (12 Ogos).

PN sedang mendahului di Kedah dengan 33 kerusi berbanding tiga kerusi yang dimenangi PH-BN. Ini satu peningkatan berbanding 20 kerusi PN sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. PN juga sedang mendahului dengan selesa di Kelantan - ia memiliki 42 daripada 45 kerusi, menurut data FMT.

Keputusan awal ini menunjukkan tiada perubahan tampuk pentadbiran kerajaan di enam negeri yang dipertandingkan. Ini selaras dengan ramalan para pemerhati yang mengatakan bahawa PRN kali ini menguji penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Encik Anwar.

Mereka juga berkata, sekiranya pihak pembangkang kian mendapat sokongan, termasuk di kubu kuat Encik Anwar - sebagaimana PN jelas menunjukkan kemajuan dalam keputusan awal - ia akan menggugat kestabilan politik dan menjejas dasar-dasar konservatif.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita