Kepulauan Filipina tutup sempadan ekoran jenis baru COVID-19 di M'sia
Sebuah wilayah terdiri daripada pulau-pulau di selatan Filipina buat masa ini akan menutup sempadannya untuk dua minggu, mulai Isnin (4 Jan) bagi mencegah penyebaran COVID-19 jenis baru yang dilaporkan di negara jiran Malaysia, kata gabenornya.

Gambar fail seorang penduduk Manila, Filipina jalani ujian virus korona pada 21 Dis 2020.(Gambar: REUTERS/Lisa Marie David)
MANILA: Sebuah wilayah terdiri daripada pulau-pulau di selatan Filipina buat masa ini akan menutup sempadannya untuk dua minggu, mulai Isnin (4 Jan) bagi mencegah penyebaran COVID-19 jenis baru yang dilaporkan di negara jiran Malaysia, kata gabenornya.
Sulu, yang didiami 900,000 penduduk hanya mempunyai dua kes aktif virus korona yang diketahui sekarang, Kesemuanya 242 kes COVID-19 dicatatkan setakat ini, dengan 12 kematian.
"Ini untuk melindungi pantai kita dari jenis baru COVID-19 yang dilaporkan di Sabah, Malaysia memandangkan kami begitu dekat," kata Gabenor Sulu Abdusakur Tan kepada saluran berita ANC pada Khamis (31 Dis).
Seorang pegawai kanan kesihatan Malaysia minggu lalu mengumumkan negara itu telah mengesan jenis baru virus tersebut di negara tersebut, tetapi belum mengesan jenis yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi yang asalnya ditemui di Britain.
Sulu telah meminta pemerintah Filipina untuk menyediakan lebih banyak kapal dan helikopter untuk memantau sempadan lautnya dengan Sabah di Malaysia.
Penutupan akan berkuat kuasa dari 4 Januari hingga 17 Januari tetapi mungkin dilanjutkan, kata Encik Tan. Penduduk yang tidak berada di pulau itu akan dilarang masuk mulai Isnin.
Filipina mempunyai lebih 472,000 jangkitan secara keseluruhannya, antara jumlah tertinggi di Asia Tenggara, kebanyakannya di ibu kota Manila.
Meskipun terdapat syarat kemasukan dan kuarantin yang ketat semasa ketibaan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa, sempadan lautnya yang luas di selatan sering dicerobohi, dengan laluan perdagangan dan perjalanan yang sudah lama wujud antara pulau-pulaunya dengan Sabah.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.