Skip to main content

Dunia

Keprihatinan terhadap keselamatan rakyat Ukraine meningkat setelah ratusan terperangkap susuli bedilan Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Keprihatinan terhadap keselamatan rakyat Ukraine meningkat setelah ratusan terperangkap susuli bedilan Rusia

Teater Drama yang musnah akibat bedilan di Mariupol pada 17 Mac 2022. (Gambar: pavlokyrylenko_donoda/Telegram/AFP)

Diterbitkan : 19 Mar 2022 05:59PM Dikemas Kini : 19 Mar 2022 06:00PM

KYIV: Pasukan-pasukan penyelamat di Ukraine masih mencari beratus-ratus orang awam yang dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan teater yang dibedil di Mariupol, sedang pasukan tentera tempatan bertempur dengan tentera Rusia di merata Ukraine. 

Para pegawai menganggarkan 80 peratus rumah di bandar tersebut musnah dan lebih 1,000 orang masih terperangkap di tempat perlindungan bom di bawah teater tersebut. 

Menurut Ukraine, ia berhasil menyelamatkan 130 orang daripada tingkat bawah tanah teater berkenaan setelah bangunan itu dibedil dalam serangan Rusia dua hari lalu. Namun, Rusia menafikan dakwaan tersebut dan sebaliknya menegaskan bahawa serangan yang dilancarkan itu tidak disasarkan terhadap orang awam. 

Keprihatinan semakin meningkat terhadap angka korban di bandar pelabuhan yang terletak di bahagian selatan negara itu, sedang Kementerian Pertahanan Rusia terus "mengepung" bandar tersebut dan pertempuran pula sudah sampai ke bahagian tengah bandar berkenaan. 

Sebahagian besar strategi tentera Rusia terhambat, menurut seorang pegawai pertahanan Amerika, yang turut mendedahkan bahawa pasukan-pasukan tentera Rusia berdepan dengan pertempuran yang sengit di kawasan sekitar 30 kilometer dari bahagian timur ibu kota Kyiv. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita