Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keperluan akta tangani isu pembaziran makanan di M'sia antara tumpuan Dewan Rakyat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Keperluan mewujudkan akta bagi menangani isu pembaziran makanan yang berleluasa di Malaysia antara topik yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Rabu (3 Ogos).

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan itu diajukan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ingin tahu sama ada kementerian itu berhasrat mewujudkan akta berkenaan, semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Anthony Loke (PH-Seremban) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Lapangan Terbang Pulau Tioman baru, yang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta, sudah mendapat kelulusan dasar daripada kerajaan dan apakah projek tersebut berdaya saing serta memenuhi kriteria kelestarian alam sekitar.

Selain itu, Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan bagaimanakah semangat bipartisan dapat dipupuk dan diamalkan dalam kalangan pemimpin negara berbilang fahaman.

Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) pula dijangka meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah huraian kementerian berkenaan dalam mengurangkan kadar pengangguran negara seperti paras prapandemik COVID-19 pada kadar 3.5 peratus.

Selesai sesi tersebut, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini, yang bermula pada 18 Julai lalu, berlangsung selama 12 hari hingga Khamis (4 Ogos).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan