Kepala nenek dipenggal, dibuang ke sungai
Suspek bertindak memenggal mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen
Gambar hiasan. (Gambar: AFP)
BANJARMASIN, KALIMANTAN: Seorang warga emas di Desa Bararawa, Banjarmasin, Indonesia dipenggal dan kepalanya dibuang ke dalam sebatang sungai oleh seorang jiran yang berdendam dengan anak mangsa, menurut laporan Astro Awani.
Dalam kejadian yang berlaku Ahad lalu (29 Jul), mangsa Lahbaniah, 67 tahun, dibunuh dengan pedang samurai.
Astro Awani melaporkan bahawa suspek, Lahmudin, 26 tahun, memecah masuk rumah nenek itu untuk mencari anak mangsa susuli satu sengketa antara mereka berdua.
Namun, apabila sasarannya tidak dijumpai, suspek bertindak memenggal mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen.
Suspek kemudian menjinjing kepala mangsa dan membuangnya di sungai berdekatan.
Penduduk yang mengetahui kejadian tersebut bertindak mengikat suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis, lapor Astro Awani.
Polis masih menyiasat motif insiden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.