Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kepala Mike Pence dihinggap lalat jadi bahan senda di media sosial

Seekor lalat yang hinggap di kepala calon Naib Presiden Amerika Syarikat dari parti Republican Mike Pence semasa perbahasan pada Rabu malam (7 Okt) menarik perhatian warganet di media sosial dan mencuri perhatian selama dua minit, lapor agensi Anadolu

Anggaran Waktu Membaca:
Kepala Mike Pence dihinggap lalat jadi bahan senda di media sosial

Lalat hitam hinggap di kepala Wakil Presiden AS Mike Pence semasa perbahasan calon naib presiden Amerika Syarikat. (Petikan video: YouTube)

Diterbitkan : 08 Oct 2020 08:12PM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 08:14PM

WASHINGTON: Seekor lalat yang hinggap di kepala calon Naib Presiden Amerika Syarikat dari parti Republican Mike Pence semasa perbahasan pada Rabu malam (7 Okt) menarik perhatian warganet di media sosial dan mencuri perhatian selama dua minit, lapor agensi Anadolu.

Hinggap di rambut Pence yang putih, lalat hitam itu dengan pantas menjadi topik perbualan yang tular di Twitter dengan tanda pagar #flygate di laman sesawang mikroblog.

"THE DEBATE STAGE IS BUGGED!!! #FLYGATE," ciap seorang pengguna Twitter, @KevTra57. Penulis kisah seram Stephen King turut serta, menulis dengan penuh misteri “The fly knows”

"THE LORD OF THE FLIES, dibintangi Mike Pence! Akan datang menerusi platform penstriman berdekatan anda,” tambahnya, merujuk kepada penerima Hadiah Nobel 1954.

Calon presiden Democrat Joe Biden juga ikut sekaki, menulis ciapan "Truth over Flies" bernilai US$10 (S$14)yang dengan pantas dimuat naik ke laman web kempennya selepas peristiwa itu meledak secara tiba-tiba di media sosial. 

"Penghalau lalat dan dusta. Dapatkan hari ini,” kata Encik Biden.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan