Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenyataan terhadap Dr Mahathir didakwa berunsur fitnah, PM Anwar sedia kemuka bukti

Anggaran Waktu Membaca:
Kenyataan terhadap Dr Mahathir didakwa berunsur fitnah, PM Anwar sedia kemuka bukti

PM Anwar Ibrahim berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM pada Jumaat (7 Apr). (Gambar fail: Bernama)

SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim sedia mengemukakan bukti berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau terhadap mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang didakwa berunsur fitnah.

Encik Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengatakan Dr Mahathir dilihat membawa terlalu banyak elemen negatif terhadap bangsa Melayu.

"Pentadbiran dia ( Mahathir) ada baiknya tetapi kerosakan yang dibuat agak banyak kalau nak bercakap mengenai soal bangsa Melayu.

"Dia selalu cakap Melayu malas, tidak berterima kasih dan semua yang negatif ini tidak betul.

"Ada juga bangsa lain yang malas, yang mudah lupa pun ada juga tetapi janganlah sampai menghina, Melayu telah lahirkan ramai golongan pemikir... ini semua masalah minda kolonial.

"Dia minta bukti saya akan kemuka bukti, tiada masalah," katanya, dipetik daripada Astro Awani.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan Dr Mahathir sebelum ini yang memberi tempoh tujuh hari untuk beliau menarik semula kenyataannya atau behadapan tindakan undang-undang.

Encik Anwar berucap semasa Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM, pada Jumaat (7 Apr).

Pada 18 Mac lalu, Encik Anwar dalam ucapannya dilapor menyelar sikap seorang bekas pemimpin yang dilihat mengeluh dengan nasib orang Melayu dan mendakwa mereka tertindas di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, lapor Astro Awani.

Tidak menamakan secara khusus siapa individu berkenaan, Encik Anwar hanya memberi gambaran dengan angka '22 tahun dan 22 bulan’ yang merujuk kepada tempoh pentadbiran.

Kenyataan Encik Anwar turut menyentuh mengenai individu berkenaan membolot harta bagi keluarga dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Dr Mahathir juga bersetuju memberikan tempoh lanjutan kepada Encik Anwar bagi menjawab segala dakwaan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan