Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenyataan Hadi Awang akui PN mahu jatuhkan kerajaan PM Anwar cetus kontroversi; siasatan polis dijalankan

Anggaran Waktu Membaca:
Kenyataan Hadi Awang akui PN mahu jatuhkan kerajaan PM Anwar cetus kontroversi; siasatan polis dijalankan

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Abdul Hadi Awang memberi ucapan di sebuah perhimpunan agama di Terengganu, Malaysia pada 4 Mac 2023. (Gambar: Facebook/Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang, berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya sudah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu (8 Mac).

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul pada Khamis (9 Mac) ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.

Laporan polis itu, dibuat oleh Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor Izuan Kasim, berhubung kenyataan Encik Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketika ditemu bual media di Parlimen pada Isnin (6 Mac), Encik Abdul Hadi berkata tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan