Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenyataan Angkatan Muda Keadilan bantah kehadiran Ahmad Zahid di Himpunan Madani adalah palsu

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar, yang dikatakan membantah kehadiran Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Himpunan MADANI Kedah 2023 adalah palsu, tegas Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Ahad (30 Apr), beliau turut menegaskan bahawa kenyataan palsu itu disebarkan oleh pemilik akaun Telegram ‘Edisi Siasat’ dan beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan perkara itu.

“Sekali baca pun boleh nampak kenyataan media ini salah format dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan,” kata Encik Fahmi yang juga adalah Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).

AMK Pusat menerusi hantaran di Facebook pada Ahad turut menyiarkan poster penafian kenyataan media berkenaan.

Hantaran itu disertakan dengan catatan “Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk sebarang maklumat terkini dan sahih”.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan MADANI Kedah 2023 yang turut disertai Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lalu (28 Apr).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan