Kenya sahkan kes ketiga mpox
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Brian ONGORO / AFP)
NAIROBI: Kementerian Kesihatan Kenya pada Jumaat (30 Ogos) mengumumkan kes ketiga cacar monyet atau mpox, sambil menegaskan pengawasan yang lebih ketat di pintu masuk negara itu bagi mengelakkan penularan besar-besaran penyakit yang mudah berjangkit itu, lapor Xinhua.
Ketua Pengarah Kesihatan Kenya Patrick Amoth berkata kes ketiga itu dikesan pada seorang wanita berusia 30 tahun di Nairobi yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran Uganda.
"Dia berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan di unit pengasingan di Nairobi," kata Encik Amoth dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi, sambil menambah bahawa pesakit itu mengunjungi Uganda minggu lalu.
Kakitangan kesihatan sebelum ini mengesan dua kes mpox di daerah Taita Taveta yang bersempadan dengan Tanzania dan di daerah Busia, barat Kenya yang bersempadan dengan Uganda.
Encik Amoth memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pengawasan aktif terhadap kes yang disyaki itu sedang dijalankan di seluruh negara bagi menghentikan penularan selanjutnya penyakit tersebut yang menunjukkan gejala seperti ruam kulit, demam, sakit tekak, sakit kepala dan nodus limfa bengkak.
Di Kenya, Encik Amoth mendedahkan bahawa sejumlah 89 sampel sudah dihantar ke makmal untuk ujian virus mpox dengan 79 sampel didapati negatif, tiga sampel diuji positif manakala lagi tujuh sampel sedang dianalisis.
Menurut Encik Amoth, setakat ini Kenya telahpun menyaring 582,847 pelawat di 26 pintu masuk negara yang ditetapkan, manakala 17 kontak rapat berada di bawah pemerhatian rapi.
Beliau berkata pesakit kedua yang disahkan menghidap mpox sudah sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar dari kemudahan kesihatan manakala kemudahan kesihatan awam di seluruh negara cukup bersedia untuk mendiagnosis dan merawat mpox.
Kenya mengisytiharkan kes pertama mpox pada 31 Julai dan kes kedua pada 23 Ogos, yang mendorong pihak berkuasa kesihatan untuk meningkatkan kewaspadaan di pintu masuk negara itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.