Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenneth Jeyaretnam dikenakan arahan POFMA kelapan, disiasat mungkin langgar undang-undang penghinaan

Anggaran Waktu Membaca:
Kenneth Jeyaretnam dikenakan arahan POFMA kelapan, disiasat mungkin langgar undang-undang penghinaan

Ketua Parti Reform Kenneth Jeyaretnam. (Gambar: Elizabeth Goh)

SINGAPURA: Pemimpin Parti Reform Kenneth Jeyaretnam dikenakan arahan pembetulan yang kelapan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).

Arahan POFMA yang dikeluarkan baru-baru ini berkait dengan satu catatan Facebook yang dimuat naik pada 15 Jun lalu, di mana dia mengatakan bahawa pemerintah menetapkan harga tanah yang tinggi untuk dijual kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Ini antara dakwaan palsu lain yang dibuat.

Dalam catatan tersebut, dia juga mendakwa bahawa sebab pemerintah mengekalkan jumlah besar hartanah warisan adalah untuk memastikan harga tanah kekal setinggi yang mungkin, dan ini adalah sebahagian daripada strategi pemerintah untuk meningkatkan rizab.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (4 Jul).

Ia menambah bahawa Pejabat POFMA itu sedang menjalankan siasatan ke atas Encik Jeyaretnam.

Pasukan Polis Singapura (SPF) turut mula melakukan siasatan ke atasnya kerana didapati berkemungkinan melanggar undang-undang penghinaan di bawah Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016.

"Agensi-agensi sudah berhubung dengan Encik Jeyaretnam sejak April 2024 dan memanggilnya untuk membantu dalam siasatan yang dijalankan," jelas kementerian itu.

"Dia setakat ini masih berada di luar negara dan tidak memberi kerjasama untuk membantu siasatan dengan menghadiri sebarang temu bual. "

Kementerian tersebut sedia maklum bahawa ini merupakan arahan pembetulan yang kelapan yang dikeluarkan kepada Encik Jeyaretnam bagi 21 catatan online, sambil menambah dia terus membuat kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung dasar pemerintah dan operasi agensi awam.

Dia melakukan demikian "meskipun terdapat fakta yang boleh diperolehi oleh orang awam dan juga setelah diberitahu mengenai kepalsuan dalam faktanya," jelas MOF.

"Dia membuat kenyataan palsu berulang kali, meskipun apabila fakta tersebut jelas dan seharusnya diketahuinya."

Encik Jeyaretnam dikenakan arahan POFMA yang keenam pada Februari tahun ini berkait komen-komennya mengenai penyewaan banglo hitam-putih di Ridout Road oleh dua menteri.

Arahan POFMA ketujuh pula dikeluarkan pada Mei lalu, selepas dia mendakwa bahawa Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang boleh mempengaruhi jumlah bonus prestasi yang dibayar kepada hakim Mahkamah Tinggi tertentu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan