Kenderaan Pope Francis dijadikan klinik bergerak bagi kanak-kanak Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan berskala kecil Pope Francis di Rome pada 1 Mei 2025. (Gambar: AP/Bernat Armangue)
VATICAN CITY: Salah satu kenderaan Pope Francis sedang diubah bagi menjadi klinik bergerak untuk kanak-kanak di Carikan Gaza, sekali gus memenuhi salah satu harapan terakhirnya, menurut media rasmi Vatican pada Ahad (4 Mei).
Kenderaan yang digunakan oleh mendiang semasa lawatannya pada 2014 sedang dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan perubatan kecemasan bagi membantu pesakit muda di wilayah Palestin tersebut, di mana perkhidmatan kesihatan terjejas teruk akibat serangan Israel.
Pope Francis, yang meninggal dunia bulan lalu, telah memberi kepercayaan kepada pertubuhan bantuan Katolik, Caritas Jerusalem, bagi inisiatif tersebut beberapa bulan sebelum pemergiannya, menurut Vatican News.
"Ini adalah campur tangan konkrit yang menyelamatkan nyawa pada masa di mana sistem kesihatan di Gaza hampir lumpuh sepenuhnya," kata Peter Brune, Setiausaha Agung Caritas Sweden, yang menyokong projek tersebut, kepada Vatican News.
Klinik bergerak itu akan dilengkapi dengan ujian jangkitan pantas, vaksinasi, alat diagnostik dan kit jahitan dan ia akan dikendalikan oleh kakitangan perubatan. Caritas merancang untuk menghantar klinik bergerak itu kepada masyarakat yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan yang berfungsi sebaik sahaja akses bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilaksanakan.
"Ia bukan sekadar sebuah kenderaan," tambah Encik Brune.
"Ia menyampaikan mesej bahawa dunia tidak melupakan kanak-kanak di Gaza."
Gaza mempunyai masyarakat Kristian yang kecil dan Vatican telah menyatakan bahawa Pope Francis menghubungi Gereja Holy Family di Gaza hampir setiap hari sepanjang tempoh peperangan.
Pope Francis mempunyai beberapa kenderaan, dengan kenderaan yang digunakan dalam lawatan ke Israel dan Palestin pada 2014 dikekalkan di wilayah itu selepas beliau pulang ke Vatican.
Pemilihan pope baharu akan bermula pada 7 Mei.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.