Kenderaan bermotor menjadi penyebab utama pencemaran udara di wilayah Jakarta.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Antara)
JAKARTA: Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mengatakan kenderaan bermotor menjadi penyebab utama pencemaran udara di wilayah Jakarta.
"Dalam catatan kami ada 24.5 juta kenderaan bermotor pada tahun 2022," ujarnya dalam rapat terbatas tentang peningkatan mutu udara yang dipantau di Jakarta, pada Isnin (14 Ogos).
Majoriti daripada 24.5 juta kenderaan bermotor di Jakarta, adalah motosikal dengan 78 peratus.
Rata-rata pertumbuhan kenderaan bermotor setiap tahun adalah 5.7 peratus atau 1.2 juta unit dan jumlah motorsikal naik 6.38 peratus atau 1.04 juta unit.
Motosikal menghasilkan beban pencemaran setiap penumpang yang paling tinggi dibandingkan kereta peribadi yang menggunakan petrol, kereta peribadi yang gunakan tenaga suria, dan bas.
Menteri Siti Nurbaya mengatakan bukan hanya pengeluaran asap kenderaan bermotor saja yang bertanggungjawabterhadap mutu udara, tetapi juga ada kemarau panjang, pencemaran udara, hingga pengeluaran asap industri.
Pemerintah Indonesia mengajak masyarakat untuk melakukan ujian pengeluaran asap kenderaan bermotor sebagai salah satu langkah cepat untuk menangani pencemaran udara.
Ujian pengeluaran asap menggalakkan masyarakat melakukan pemeriksaan dan perawatan terhadap kenderaan sendiri.
Berdasarkan data Vital Strategies, tingkat kepatuhan masyarakat Jakarta terhadap kewajipan ujian pengeluaran asap masih sangat rendah.
Jakarta Barat hanya mencatatkan 7.45 peratus, Jakarta Selatan hanya 4.53 peratus, Jakarta Pusat hanya 3.86 peratus, Jakarta Timur hanya 4.2 peratus, dan Jakarta Utara sebanyak 10.69 peratus.
"Ujian pengeluaran asap merupakan langkah yang sangat tepat dan perlu dilakukan dengan hasil yang segera," kata Cik Siti Nurbaya.
Lebih lanjut beliau menyampaikan aturan ujian pengeluaran asap itu dilakukan terlebih dahulu di Jakarta atau Jabodetabek. Bila kegiatan itu berjalan baik, maka pemerintah bakal memperluaskan aturan itu hingga ke seluruh Indonesia.
Selain itu, semua kementerian dan pemerintah daerah Indonesia wajib untuk melaksanakan ujian pengeluaran asap bagi semua kenderaan bermotor yang memasuki kemudahan di pejabat.
"Kemudian, menyertakan syarat lulus ujian pengeluaran asap untuk melanjutkan lesen dan cukai kenderaan bermotor," tambah Cik Siti Nurbaya lagi.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.