Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenapa Khazanah labur dalam syarikat jual pakaian dalam wanita?

Beberapa pelaburan yang dilakukan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan kini untuk meletakkan kembali syarikat tersebut ke landasan asalnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenapa Khazanah labur dalam syarikat jual pakaian dalam wanita?

Encik Mohamed Azmin Ali. (Gambar: Azmin Ali/Facebook)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 05:06PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 05:09PM

KUALA LUMPUR: Beberapa pelaburan yang dilakukan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan kini untuk meletakkan kembali syarikat tersebut ke landasan asalnya.

Menurut Astro Awani, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata antara tindakan yang menimbulkan persoalan adalah pelaburan ke dalam syarikat penjualan baju dalam wanita dalam talian.

"Khazanah perlu berfungsi seperti yang ditetapkan. Perinciannya boleh diberikan sebaik sahaja pengurusan baharu mengambil alih.

"Namun, saya boleh berikan contoh yang menyebabkan kami mempersoalkan tindakan Khazanah.

"Sebagai contoh, Khazanah telah melabur hampir 20 juta USD (RM80 juta) dalam syarikat online retailer yang menjual baju dalam.

"Akhirnya, pelaburan ini terpaksa dihapus kira. Ini adalah contoh yang paling kecil," katanya, seperti ditukil Astro Awani.

Azmin turut membangkitkan pelaburan melalui ekuiti persendirian yang dilakukan Khazanah yang menyebabkan dana RM3 bilion terpaksa dihapus kira.

"Ini kerana perbincangan tidak dibuat secara terus dengan bank tetapi hanya melalui ekuiti peribadi yang menyebabkan ia terpaksa dihapus kira," kata Azmin ketika sesi penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, contoh-contoh sebegini menuntut kerajaan baharu untuk meletakkan Khazanah di landasan asal untuk memastikan aset strategik negara diuruskan secara bertanggungjawab.

Menurut Astro Awani, Azmin berkata demikian sebagai respon kepada Encik Najib Razak (BN - Pekan) yang mempersoalkan apakah sebab Khazanah disifatkan sebagai lari daripada tujuan asalnya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber : Agensi berita/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan