Kenapa kanun jenayah baru Indonesia penuh kontroversi?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Adek Berry/AFP)
JAKARTA: Kanun jenayah baru Indonesia memperkenalkan beberapa undang-undang baru, termasuk menghukum hubungan seks di luar nikah, menghina presiden dan menyatakan pandangan yang bertentangan dengan ideologi negara yang dikenali sebagai Pancasila.
BACA:
APA YANG KONTROVERSIL?
Antara semakan paling menimbulkan kontroversi ialah artikel yang menghukum hubungan seks di luar nikah dengan penjara sehingga satu tahun. Pasangan belum bernikah juga dilarang bersekedudukan.
Penggubal undang-undang di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu telah mengurangkan beberapa artikel yang dianggap paling menimbulkan perbalahan.
Misalnya, aduan mengenai seks di luar nikah dan bersekedudukan, hanya boleh dilaporkan oleh saudara terdekat seperti pasangan, ibu bapa atau anak pesalah.
Namun, pengkritik prihatin undang-undang itu boleh mengembalikan moral polis di negara Asia Tenggara itu.
Memandangkan warga asing juga termaktub di bawah undang-undang itu, ia mungkin mencetuskan rasa takut terhadap pelawat, termasuk pelancong ke Bali.
Buat masa ini, Indonesia melarang zina, tetapi bukan hubungan seks di luar nikah.
Tambahan pula, artikel-artikel yang menghukum tindakan menghina presiden atau institusi negara, membantah tanpa pemberitahuan dan menyatakan pandangan yang berbeza daripada Pancasila turut menimbulkan kebimbangan mengenai ancaman terhadap kebebasan bersuara dan terkait sama.
Satu artikel berhubung hukum adat mencetuskan keprihatinan bahawa beberapa undang-undang tempatan yang merujuk kepada undang-undang syariah mungkin dilaksanakan juga dalam bidang lain, sekali gus mengukuhkan lagi diskriminasi terhadap kaum wanita atau LGBT.
SIAPA YANG TERJEJAS?
Undang-undang baru itu berkuat kuasa terhadap rakyat Indonesia dan warga asing, namun akan hanya dilaksanakan tiga tahun dari sekarang kerana garis panduan penguatkuasaan sedang dilakarkan.
REAKSI SEJAUH INI?
Bantahan terhadap undang-undang itu agak lesu berbanding sebelum ini dan parlimen sudah menyemak beberapa artikel meskipun para pengkritik berkata perubahan itu tidak mencukupi sambil menyifatkannya sebagai satu kemunduran besar bagi Indonesia.
KENAPA KANUN BARU INI DIPERKENALKAN?
Indonesia sudah lama merancang untuk menyemak kanun jenayahnya sejak merdeka dari Belanda pada 1945.
Timbalan Menteri Undang-undang, Encik Edward Omar Sharif Hiariej, memberitahu Reuters bahawa beliau bangga yang negaranya itu akan mempunyai kanun jenayah "sejajar dengan nilai-nilai Indonesia" dan sudah tiba masanya untuk keluar daripada undang-undang era penjajahan.
Penduduk Indonesia sebahagian besarnya Muslim, tetapi juga mempunyai golongan Hindu, Kristian dan penganut agama lain. Kebanyakan rakyat Indonesia Muslim mengamalkan versi sederhana Islam, tetapi pada beberapa tahun kebelakangan ini, aliran konservatif agama sudah mula mempengaruhi arena politik.
Kanun baru itu diluluskan dengan sokongan semua pihak di parlimen, yang didominasi perikatan pemerintah yang besar, dan juga parti-parti dan kumpulan Islam.
Mempertahankan undang-undang itu daripada kecaman, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna Laoly memberitahu Parlimen pada Selasa (6 Dis): "Ia tidak mudah bagi negara pelbagai budaya dan kaum melakarkan kanun jenayah yang mempertimbangkan semua aspek."

Sumber : Agensi berita/NY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.