Skip to main content

Dunia

AS kenakan sekatan terhadap unit elit Saudi atas pembunuhan Khashoggi

Amerika Syarikat pada Jumaat (26 Feb) mengenakan sekatan ke atas unit elit Arab Saudi dan juga seorang bekas pegawai perisikan atas peranan mereka dalam pembunuhan wartawan dan penentang kerajaan Jamal Khashoggi.

Anggaran Waktu Membaca:
AS kenakan sekatan terhadap unit elit Saudi atas pembunuhan Khashoggi

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Feb 2021 08:43AM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 08:46AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Jumaat (26 Feb) mengenakan sekatan ke atas unit elit Arab Saudi dan juga seorang bekas pegawai perisikan atas peranan mereka dalam pembunuhan wartawan dan penentang kerajaan Jamal Khashoggi.

Jabatan Perbendaharaan menyatakan ia akan menyekat aset dan mengharamkan urus niaga dengan Pasukan Intervensi Pantas, yang menurut satu laporan perisikan melaporkan diri kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, serta mantan pegawai perisikan Ahmad al-Assiri.

"Mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam Jamal Khashoggi mesti dipertanggungjawabkan," kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dalam satu kenyataan.

"Amerika Syarikat bersatu dengan wartawan dan pembangkang politik dalam menentang ancaman keganasan dan ugutan."

Presiden Joe Biden mengubah status laporan perisikan yang mendapati Putera Mahkota Mohammed mengarahkan pembunuhan Khashoggi pada 2018 di konsulat Arab Saudi di Istanbul, sebagai tidak lagi rahsia.

Laporan itu menyatakan bahawa tujuh daripada 15 anggota pasukan pembunuh itu adalah daripada Pasukan Perisikan Pantas.

Assiri, antara mereka yang rapat dengan putera mahkota, dibebaskan dalam satu perbicaraan tertutup di Arab Saudi yang dikritik hebat oleh kumpulan-kumpulan hak asasi.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita