Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kenakan sekatan terhadap mana-mana pihak yang cabul hak asasi manusia

Amerika Syarikat mengenakan sekatan-sekatan meluas ke atas orang-orang dan pertubuhan di negara-negara yang disifatkan sebagai ada salah laku hak kemanusiaan dan penderaan.

Anggaran Waktu Membaca:
AS kenakan sekatan terhadap mana-mana pihak yang cabul hak asasi manusia

AS ambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di China. (Gambar fail: Brian Snyder/Reuters)

Diterbitkan : 11 Dec 2021 06:54PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 07:05PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengenakan sekatan-sekatan meluas ke atas orang-orang dan pertubuhan di negara-negara yang disifatkan sebagai ada salah laku hak kemanusiaan dan penderaan.

Langkah terbaru yang diselaraskan dengan Kanada dan Britain itu melibatkan China, Russia, Korea Utara, Bangladesh dan Myanmar.

Ia juga sempena Hari Hak Kemanusiaan Antarabangsa.

Menurut Washington, ia bertujuan memberikan mesej, tindakan akan diambil ke atas mereka yang menyalahgunakan kuasa, lapor Reuter.

Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken bertegas untuk memberikan tumpuan kepada isu hak asasi itu dalam dasar-dasar luar negaranya.

Ini menerusi komitmen Washington untuk menarik perhatian tentang isu pencabulan hak asasi dan penderaan manusia.

Sebuah syarikat risik China "Sense Time" antara yang dimasukkan dalam senarai hitam kerana didakwa menjalankan operasi risik di China melibatkan kaum Uighur, menurut laporan Reuters.

PBB menganggarkan lebih 1 juta anggota kaum Uighur dan minoriti Islam di China ditahan tanpa dibicarakan. 

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan