Skip to main content

Dunia

Kenaikan jumlah pelawat SG ke Malaysia cerminkan kerjasama kukuh pelancongan

Anggaran Waktu Membaca:
Kenaikan jumlah pelawat SG ke Malaysia cerminkan kerjasama kukuh pelancongan
Koswe yang menghubungkan Johor Bahru dan Pusat Pemeriksaan Woodlands. (Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)
Diterbitkan : 10 Feb 2026 09:09PM Dikemas Kini : 10 Feb 2026 09:10PM
  • Dr Azfar Mohamad Mustafar menekankan kekuatan kerjasama pelancongan Malaysia-Singapura, dengan Singapura menyumbang hampir separuh ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia tahun lalu.
  • Pejabat Pelancongan Malaysia-Singapura melaksanakan 45 inisiatif promosi strategik sepanjang tahun, termasuk pameran, seminar dan program penerbangan sewa khas.
  • Norliza Md Zain menyatakan mandat besar untuk membantu Malaysia mencapai dan melepasi sasaran 47 juta pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Majlis penghargaan di Singapura meraikan 80 pemain industri pelancongan, menggalakkan kerjasama untuk menjadikan Malaysia destinasi utama pelancong dunia.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Aliran kukuh pelawat dari Singapura ke Malaysia pada 2025 mencerminkan keyakinan, keterhubungan dan kekuatan berterusan kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara, menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Mengulas statistik, Dr Azfar berkata Singapura kekal sebagai pasaran utama dan terbesar Malaysia bagi sektor pelancongan, menyumbang 21.1 juta pelawat atau hampir separuh daripada keseluruhan 42.2 juta ketibaan antarabangsa tahun lalu.

“Ini bukan sekadar statistik. Ini adalah satu pernyataan keyakinan serta keterhubungan, dan juga mencerminkan kekuatan berterusan kerjasama pelancongan Malaysia-Singapura,” katanya semasa Majlis Makan Tengah Hari Penghargaan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Pelancongan Malaysia-Singapura pada Selasa (10 Feb).

Sepanjang tahun itu, Dr Azfar berkata Pejabat Pelancongan Malaysia-Singapura melaksanakan 45 inisiatif promosi strategik, merangkumi pameran dan lawatan suai kenal hingga seminar, jerayawara serta promosi bersama di bawah Program Geran Padanan Penerbangan Sewa Khas (GSPC).

Sementara itu, Pengarah Pelancongan Malaysia-Singapura Norliza Md Zain berkata pejabat berkenaan sudah diamanahkan dengan mandat besar untuk membantu Malaysia melepasi sasaran 47 juta ketibaan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Marilah kita bekerjasama untuk memastikan Tahun Melawat Malaysia Truly Asia 2026 bukan sahaja mencapai sasarannya, tetapi juga melebihi sasaran tersebut dalam meletakkan Malaysia sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong di seluruh dunia," tambahnya.

Pejabat Pelancongan Malaysia-Singapura hari ini meraikan kira-kira 80 pemain industri pelancongan Singapura, termasuk ejen pelancongan, pengusaha bas dan syarikat penerbangan.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita